Hobi Mengisi Kekosongan Waktu
Di sini aku nak cerita sikit haa pasal pengalaman hobi aku masa petang-petang dekat kampung... maklumlah sekarang ni di perantauan terasa rindu suasana di kampung haa so aku create blog ni untuk cerita pengalaman tentang hobi aku..
Nama aku asyraf.. kawan kawan panggil Acap, Af, Cerap.. dan sebagainya. Alahhhhh itu semua tak penting pon nak bagi tahu sekarang nih.. gagagagaga. Umo aku 20-an tinggal di kedah ceq oiy..
cheq oqhang Kedah haa tu nak habaq mai.. tudia keluaq abeh Loghat kedah piawW.. hahaha.. tak de lahh sajalah nak mulakan penceritaan dengan senda gurau sikit haa.. takkan lah nak tension memanjang kan.. hidup ini mau happy.. tapi kena ingat happy happy pon ada batasnya.. hahaha..
Ok dah banyak dah aku melalut nih.. mari aku mulakan penceritaan tentang hobi aku.. kalau nak di ikutkan banyak hobi aku hahahaha.. oqhang kedah cakap "ishh tak tau nak habaq laa meqenyut" tudiaa dia punya nak bagitau banyak hobi kan.. tapi hobi aku tak de lah sampai "meqenyut" hahaha. ada la dua tiga hobi utama.. tapi disini saja aku nak cerita pasal hobi aku dengan ikan. bukan anak ikan yee.. baca betul-betul gagaga.
"Ikan? apa bende laa mamat ni buat blog cerita pasal ikan" ehh inikan Blog aku hahaha lantaklah.. hahaha. Aku asal kampung.. so hidup aku dengan sungai, lumpur, ayam dan lain-lain lagi tu adalah pekara biasa. sebelum aku teruskan penceritaan tu aku nak habaq mai gambaq atas tu dekat aku punya kampung tapi dah musim menuai dah haa.. Sempoi dak?? kau adoo? hahaha jap g aku belanja lagi gambar di kampung aku.. hahaha.
Ni la sungai depan rumah tokwan aku cantik dakk???
Ok sambung balik.. So ikan kan tadi? haa aku ni cukup minat dengan ikan.. biasalah budak kampung. Teringat masa kecik dulu kalau dikampung tok wan aku, tak sah kalau tak turun bendang cekup ikan, mandi sungai, mengai ikan (memancing). Pekara ni jadi hobi aku kalau sekarang ni member cuit sikit bahu sebut ajak pergi memancing kira on saja hahaha. Dulu seronok.. tiap petang macam ada acara kejohanan memancing pulak di sungai depan umah tokwan aku tu siapa dapat banyak dia menang hahaha.. bersusun orang memancing ikan. Masa ni orang tak menuai padi lagi.. So ikan banyaklah dan masa tu pon penggunaan racun untuk tanaman padi taklah kuat sangat dan taklah memberi kesan sangat kepada hidupan akuatik dalam sungai tu jika nak dibandingan dengan sekarang. Time tu mengai guna boq loncoq jaa ( joran buluh) dok tepi sungai tu guna umpan cengkerik atau qidek sekejap ja dapat ikan hahaha.
macam ini lah susana aku memancing memang ramai
Kalau masa musim menuai lagi seronok haaa.. ishh tak tau nak habaq.. "kerja tangkap ikan saja sampai meqelit" Tok wan kata ekapda aku. Mana tak rentungnyaa.. time tengah hari mata hari dok terpacak atas kepala aku dok tengah bendang dok ikut mesin padi cekup ikan.. sampai ke petang tak kira waktu dimana jua hahaha. Soal gatal kena miang padi tak terasa time tu sebab seronok sangat tapi rasa time malam hahahaha jenuh garu sebab gatal.. tapi time ni masa sekolah rendah laa time sekolah menengah aku kurang dah sikit maklum la dah kena masuk asrama mana sempat nak buasnya hahaha. time sekolah menengah turun jugak bukan kata tak turun sebab hobi kan.. ada satu hari tu bulan puasa. Aku turun jugak ke bendang untuk tangkap ikan. hari tu alhamdulillah la boleh banyak. ikan keli ikan haruan ikan puyu. Sampai kat rumah dah tak dak bekas nak simpan hahaha.
Ni laa ikan keli nak habaq mai..
ni pulak ikan haruan yang berjaya di cekup hahaha
hasil tangkapan didalam Bendang dekat kampung aku
Ikan-ikan ni semua ada yang di buat kering ada yang dibuat Bantut ada juga di masak sambal. Memang kesukaan aku lah kau sambal Ikan Keli tu. Bertakung dah air liur nih terbayang keenakkan sambal ikan keli. hahaha.
haa ni pulak ikan puyu
Ikan puyu ni aku kurang sikit minat sebab dia punya duri tu selalu kena tangan masa aku sedang tangkap ikan ni. Soal sakit tu memang sakit tapi sebab minat tak kisah pon takat sikit tu. Tak anak jantan la kalau tak tahan sakit. hahaha.
Menu ini memang sedap di hidangkan semasa makan tengahari iaitu bantut ikan haruan!!
perghh sedap baq hang!!!
Ini pula sambal ikan keli my favaorite hehehe
yang ini pulak pekasan ikan puyu.. ni kalau pagi pagi pekena dengan pulut memang rancak laaa
apa pon setakat ini saja perkongsian pengalaman saya bersama anda semua..
terima kasih kerana sudi membaca.
sekian..
ok sesama..menarik cerita awak ..hehe
ReplyDeleteya ya baikk.. sekadar bercerita tentang pengalaman..
Deleteawak taknak kongsikan hobi awak ke? hehehe